Saturday 12 April 2014

Keadaan Jiha


Assalamualaikum

Taknak type (hai semua dah lame tak tulis blog sebab busy angat). Cume nak cakap, yang saye takde idea nak tulis apa walaupun hati nak tulis jugak. Naaak! otak kata jangan hati pula kata ya~ Tahun ni saye dah form5 dah. Itu menunjukkan yang saye sudah matang dari segi fizikal! Buktinya, tinggi saya 161cm. Semoga-moga(?) saye dapat bentuk tubuh badan yang baik seperti Sooyoung SNSD hihihi.

Aw panjangnye kaki you sooyoung-ah! Sooyoung pun banyak makan tapi kenape dia kurus? :( I envy you.

Taknak kalah.

Okay dah stop cite pasal tinggi. Skang cite pasal keadaan masa kini hm. Dulu aku seorang yang selalu je kene ade teman bile jalan. Benda ni selalu jadi dekat sekolah la. Contohnya, pegi kantin, surau etc. Mesti ade. Tapi buat mase ni tandas kene pegi dua orang sebab i iz takut. Haritu pernah pegi tandas sorang-sorang. Doa jangan cakap la. Tandas punya la jauh lagi dah bace doa. Tapi nasib baik sebab acik cleaner sekolah telah menjadi peneman ku ketika di tandas. Dekat sekolah jiha, selepas habis waktu persekolahan, acik cleaner akan bawak mop sakti bersama liquid ajaib dia untuk cuci tandas hehe. Jadi sekarang aku dah mempunyai matlamat untuk ke tandas setiap jam 2.40 petang! Ya i'm a weird girl. Okay ketepikan cite tandas. Sekarang saye sudah pandai berjalan sorang-sorang tanpa ada peneman!

Peace!

Jarang senyum macam ni dan mata tibe-tibe bulat dah kenape. Mungkin pengaruh instagram sandy & mandy. Aww diorang sangat comel >-<

Shawl tu dah banyak dah usia dia. Dari tahun 2010 kot. Beli dari kak Elya hikhik. Tetibe rasa nak pakai hikhik. Penat la type 'hikhik' hikhik.

Sebenarnya nak tulis pasal keadaan masa kini tapi maleh aa. Bukannye ada orang minat pun  hur hur. Jadi mari kita tengok gambar! Gambar pun hanyalah menggunakan camera laptop zati sebab handphone i telah dirampas (ok tak) oleh pating. Jadi tak dapat upload gambar yang lebih berkualiti. Handphone 'dirampas' pun sebab iolls rase iolls banyak sangat melayari laman social yang 30% berfaedah 70% tak berfaedah ni. Maka, saye telah offer dak atin nak tak handphone ni. Tapi dia tiada respon. Tapi tapi tapi bile saye pulang dari sekolah pada hari yang memenatkan itu, saye telah diinform oleh mama bahawa dak atin telah pulang Somban bersama baby i (handphone). Aik haritu tak balas mesej tetibe dah amik phone? Sesungguhnya dak atin ni dah diterapkan dengan prinsip 'action speaks louder than word'. hm :'(

Kekadang terpikir kenapelah aku selalu tak dapat nak rasa benda best lama-lama?

Tapi hidup kene sentiasa bersyukur! Barulah hidup kite lebih berkat dan ade ummmp!

Okay itu sahaja terima kasih kerana membaca! :D




*Baru dapat mesej dari classmates saya yang ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Mohon sedekahkan al-fatihah agar ibunya tenang disana & dipermudah segala urusan keluarga classmates rapat saye. Terima kasih banyak2 atas perbuatan mulia awak-awak yang baik sangat.

Thursday 20 March 2014

Salam 1 Malaysia


Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan? Saya disini ingin memberitahu bahawa saya tidak minat untuk membuat karangan Kitar Semula pada waktu ini kerana sape je nak buat karangan melebihi 350 patah perkataan tengah-tengah malam ni? Like seriously, i'm tired..

Hihi ohh update blog tak ngantok? Eh mestilah tak ngantok sebab saye rindu nak menaip teehee. Kehidupan jadi budak form 5 alhamdulillah boleh la. Rajin la jugak sangat ahak k. Erm boleh la sebab lebih kurang 60 peratus homework siap. Wah caye tak?? Please caye caye please hahahaha hm. Sebenarnya saye sedih sebab saye tak dapat jumpe orang tadi.

hm k la bai nak buat karangan. Sayonara <3

p/s:saye rindu awak cemua

Monday 18 November 2013

Sembang-sembang


Assalamualaikum

Tahun ni aku rasa semua benda terjadi dengan awal. SPM start awal, raya bulan 8, cuti? cuti aku rasa tak awal hahaha. Jadi semua orang dah tahukan yang cuti sekolah dah bermula #happy. Kepada adik-adik form 3, goodluck nanti ambik result PMR muahaha. Akak doakan adik-adik dapat la naikkan nama sekolah kite. Sape lagi nak femeskan nama sekolah kalau bukan kite.. iye tak? hikhik tapi aku rasa bersalah sebab haritu aku banyak gagal dalam final exam. Terlebih honeymoon mungkin, banyak sangat aktiviti luar kelas yang saya perlu hadiri hahahaha. Tapi tahun depan aku harap sangat dapat pergi kem luar sekolah. Nak rasa adventurous sikit. Aku tak pernah buat night walk, masak apa yg ada. Classmates2 sume dok cite pungpangpungpang, nak gak rasa huu. Walaupun penakut tahap gaban, aku tetap nak try.

Cakap pasal penakut. Malam tu aku duduk dengan mama dekat ruangtamu. Aku tengah wechat dengan adik (saya ade adik angkat, nama dia iwan hehe. Mama pun dah tau saya ade adik angkat yeay) Mama pulak tengok berita TV3. Lepastu aku pun pegi bermanja dengan mama suruh goreng ubi kentang hihi. Time tengah gelak etc, tetibe aku dengar ada orang bagi salam. Mama tak dengar.. Ha haha. Tapi nasib baik, takde pape jadi Alhamdulillah. Takot jugak.. sebelum ni lagi seram aku dengar budak kecik gelak. Terus tutup satu badan dengan selimut. Nasib baik ade zaty kat sebelah, alhamdulillah.

Aku ni penakut sangat sebabtu pegi tandas sekolah time-time siang pun suruh orang temankan. Nak nak wadah haha. Selalu dia pastu Pika je jadi mangsa teman aku gi tandas. Thankyou ilapyou muah. Kekadang nak solat sensorang kat surau/dlam bilik pun suruh teman. Tu sebab aku nak fight balik (ceh). Over sangat ketakutan aku ni heh. Tapi lately ni, aku dah mindset yang mane aku pegi, Allah ade. Alhamdlillah tak takot sangat. Kwan-kawan, ingat tau yang Allah selalu ada dengan kita anytime, everywhere insyalllah! ^^

Tahun depan aku dah form5 dah lepastu habis sekolah hoho best. Kak Khadyjah Fhatyah kate dlam blog dia, time form 5 ambik gambar banyak-banyak sebab nanti jarang jumpa. So aku telah berusaha memujuk mama suruh belikan Instax mini 8 camera!

i know right! comey sangat. Kalau warna pink/baby blue mesti comey!!
(I stole this picture at google heh i'm sorry!)

 5 SARJANA FIGHTING!!

-------------------------------------------------------------------------------

XOXO <3

Saturday 2 November 2013

Ontah la


Assalamualaikum

Haa dah lame tak bercerita dekat blog. Sebab dah lame tak bercerita adalah kerana takde modal nak cite~ Kali ni random je aku cite okay?

Aku suke sangat nak ambik gambar/video dengan kawan sebab aku telah membuat azam nak tangkap gambau dengan semua kawan kat sekolah secara berdua sebab aku pikir nanti mungkin diorang akan jadi angkasawan ke penyanyi ke wakaka boleh la nanti tunjuk dekat anak cucu.. 'Ye cuu ni la Prof Abidah time zaman sekolah dulu ahak~' Bidah sila bangga jap sebab name kau ade dalam blog aku muahaha.

Kedua, aku seorang yang paling tak boleh kalau orang menipu. Mungkin korang nampak muke aku blur tapi dalam hati macam air yang di didih dua kali berturut-turut! Tak kesah la menipu untuk my own good atau ape-ape je, aku tak suke. Aku pikir, nape tak bagitau the truth je kan sonang. Takde la aku jadi tak waras pegi delete semua unwanted lagu dalam henpon haha. Jadi, straight to the point je okay? Den tak marah sobonanyo, den kecewo jo haa sobab ekau mendustai den. okay? :)

Third is aku suka sangat dengan video terbitan Matluthfi! Kelakar dan mesej dia sangat deep. Yang latest punye, video bertajuk BOB- buat orang bersalah. So search la ye kat Youtube! 

okay sayonara~ x